Bahagia...
Di manakah letaknya rasa bahagia itu?
Adakah letaknya rasa bahagia itu pada harta?
Pada rupa? Pada kuasa? Atau pada nama?
Tidak sama sekali...
Bahagia itu letaknya pada hati...
Hati yang sentiasa segar merindu Tuhannya...
Hati yang sentiasa harum dengan zikrullah..
Hati yang sentiasa tunduk patuh pada perintahNya...
Apabila kita telah memiliki hati seperti ini, barulah bahagia itu dapat dirasai...
"Jangan tanyakan kepada dirimu apakah aku telah bahagia, kerana orang yang bahagia tidak akan sempat bertanya apakah dia telah bahagia. Yang lemah akan mendapat kekuatan apabila hati bertawakal kepada ALLAH. Yang miskin akan kaya apabila ada qanaah di dalam jiwa. Bila sakit, sabar memberi kesihatan di sanubari yang lebih bermakna." (Pahrol Mohd Juoi, Di Mana Dia Di Hatiku)
Hakikat bahagia- UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Happy Birthday Granddaughter | Birthday Wishes Messages Greetings Quotes Sayings Poems For GrandDaughter
ReplyDelete